Social
81

Kanak-kanak 8 tahun ditemukan lemas

Tanah Merah – Seorang kanak-kanak lelaki warga Thailand berumur lapan tahun ditemukan lemas di Sungai Golok berdekatan Kampung Bukit TA, di sini hari ini.

Ketua Bomba dan Penyelamat Tanah Merah Penolong Penguasa Bomba Mohd Rafain Mat Zain berkata mangsa dipercayai terjatuh dari tebing Sungai Golok di sebelah Thailand dan mayatnya ditemukan pada 11 pagi tadi.

“Kami menerima maklumat daripada pihak bomba Thailand bahawa terdapat seorang kanak-kanak lelaki berumur lapan tahun lemas di Sungai Golok.

“Seramai 18 anggota digegaskan ke tempat kejadian bagi membantu pihak bomba Thailand dalam operasi mencari dan menyelamat kanak-kanak itu,” katanya ketika dihubungi.

Katanya mayat mangsa diserahkan kepada pihak bomba Thailand untuk tindakan selanjutnya. — Bernama

Tags: , , ,

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu