Kuala Lumpur Post

Social

Kanak-kanak autisme lemas dalam tasik

PETALING JAYA — Seorang kanak-kanak lelaki autisme ditemui lemas di tengah tasik di Taman Aman, di sini.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar@Ismail berkata, mayat kanak-kanak berkenaan ditemui oleh pemancing kira-kira jam 7 malam tadi.

“Difahamkan sebelum kejadian, bapa mangsa ada membuat laporan di Balai Polis Sea Park berhubung kehilangan kanak-kanak terbabit kira-kira jam 4 petang tadi.

“Mayat mangsa dihantar ke Jabatan Perubatan Forensik Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk proses bedah siasat,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Terdahulu, ibu mangsa ada membuat hantaran di Facebook untuk mencari anaknya yang hilang di Taman Aman sekitar jam 4 petang Selasa.