Social
184

Kanak-kanak ditemukan lemas dalam longkang

Johor Bahru – Seorang kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun ditemukan lemas di dalam sebuah longkang besar di kawasan Jalan Padi Mahsuri, Bandar Baru Uda, di sini petang semalam.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara ACP Rupiah Abd Wahid berkata pihaknya menerima laporan daripada orang awam pada kira-kira 5.15 petang mengenai seorang kanak-kanak lelaki telah terjun dan berenang di dalam longkang besar ketika alirannya deras akibat hujan.

“Rakan-rakan mangsa telah menasihatinya supaya tidak terjun tetapi mangsa tetap terjun untuk bermain air tanpa menyedari arus deras,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Rupiah berkata anggota Angkatan Pertahanan Awam berjaya mengeluarkan kanak-kanak itu dari longkang tersebut yang kemudiannya disahkan meninggal dunia.

Jenazah kanak-kanak itu dibawa ke Hospital Sultanah Aminah di sini untuk bedah siasat sebelum diserahkan kepada waris untuk urusan pengebumian.

Beliau berkata tiada sebarang unsur jenayah dikaitkan dengan kejadian itu setakat ini.

Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut namun siasatan lanjut mengenainya sedang dilakukan, katanya, lapor Bernama.

Tags: , ,

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu