Social
317

Kanak-kanak lelaki 6 tahun hilang dari kawasan perumahan

Ipoh – Seorang kanak-kanak lelaki berusia enam tahun dipercayai hilang dari kawasan perumahannya di Taman Kinta Baru di Gopeng sejak petang semalam.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Perak berkata pihaknya menerima panggilan bagi membantu pihak polis mencari mangsa yang dikenali sebagai Muhammad Fayyafh Ukasyah Abd Wahid pada kira-kira 10.29 malam.

“Mangsa merupakan seorang yang hiperaktif, bisu dan pekak dipercayai hilang pada 6.30 petang,” menurutnya dalam kenyataan semalam.

Beliau berkata sepasukan anggota dan pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat Gopeng digerakkan sebaik menerima panggilan bagi operasi pencarian.

Katanya operasi pencarian kini giat dilakukan dengan bantuan Unit Anjing Pengesan (K9) Polis Diraja Malaysia dan agensi bantuan lain, lapor Bernama.

Tags: , , ,

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu