Social
215

Kanak-kanak lemas dalam kolam renang buatan sendiri

Ipoh – Seorang kanak-kanak lelaki meninggal dunia awal pagi ini, selepas dipercayai lemas dalam sebuah kolam renang berhampiran rumahnya di Kampung Balun, Slim River di Tanjung Malim semalam.

Ketua Polis Daerah Muallim Supt Sulizmie Affendy Sulaiman berkata bapa mangsa menyedari anak lelakinya yang berumur setahun sembilan bulan tiada di dalam rumah dan menemukan anaknya lemas di dalam kolam buatan sendiri berhampiran rumahnya pada kira-kira 9 pagi semalam.

“Bapanya telah membawa mangsa ke Hospital Slim River dan semasa itu mangsa didapati masih hidup dan diberi rawatan awal.

“Mangsa kemudian dibawa ke Hospital Raja Permaisuri Bainun Ipoh untuk rawatan lanjut kerana keadaannya yang tidak stabil. Bagaimanapun, mangsa disahkan meninggal dunia oleh doktor pada 2.30 pagi tadi,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Sulizmie Affendy berkata proses bedah siasat mangsa akan dijalankan hari ini untuk mengetahui sebab sebenar kematian kanak-kanak tersebut.

Katanya polis mengklasifikasikan kes ini sebagai mati mengejut (SDR) dan siasatan secara menyeluruh sedang dijalankan, lapor Bernama.

Tags: , , ,

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu