Nation
144

Kanak-kanak lemas terjatuh dalam longkang dibawa arus

Shah Alam – Seorang kanak-kanak perempuan berusia empat tahun dikhuatiri lemas selepas terjatuh ke dalam longkang di Jalan Bunga Tanjung 4, Kampung Baru Hicom, di sini.

Pengarah Bomba Selangor Norazam Khamis dalam kenyataan berkata pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian itu daripada pihak polis sekitar 6.18 petang sebelum tiba ke lokasi kejadian kira-kira 12 minit kemudian.

“Pencarian sedang giat dijalankan oleh pihak bomba. Kita khuatiri kanak-kanak itu hanyut dibawa arus deras dipercayai menuju ke arah Sri Muda akibat terjatuh ke dalam longkang 4×5 kaki itu (1.2 meter x 1.5 meter) ” katanya dalam satu kenyataan.

Dalam pada itu, Norazam berkata pihaknya juga turut menerima laporan berhubung kejadian banjir kilat dengan paras air setinggi 1.2 meter di Jalan Renang 13/26, Seksyen 13, dekat sini sekitar 5.09 petang semalam.

Namun katanya tiada individu yang dilaporkan terlibat ataupun tercedera dengan dalam banjir kilat itu dan hujan juga sudah mulai reda.

“Keadaan air di kawasan itu juga kini juga sudah mulai surut dan terkawal,” katanya, lapor Bernama.

Tags: , ,

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu