Social
223
0

Kanak-kanak lima tahun dikhuatiri hanyut dalam longkang

Kuala Lumpur – Seorang kanak-kanak lelaki warga Myanmar berusia lima tahun dikhuatiri terjatuh di kawasan longkang dan dihanyutkan air dalam kejadian di Kampung Baru Sungai Buloh dekat sini petang tadi.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Buloh V. Andrew berkata pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian pada 5.39 petang.

“Laporan awal yang diterima adalah seorang kanak-kanak yang sedang bermain di kawasan longkang telah jatuh dan hanyut,” katanya ketika dihubungi.

Beliau berkata setakat 8.40 malam ini, usaha menyelamat sedang dijalankan dan pihaknya masih mencari petunjuk bagi mengesan mangsa. – Bernama

More Similar Posts

You must be logged in to post a comment.
Most Viewed Posts
Menu