Social
128

Kanak-kanak maut dipatuk ular

Seremban – Seorang kanak-kanak lelaki berumur setahun lima bulan maut setelah dipercayai dipatuk ular semasa bermain di dalam rumah di Kampung Seberang Batu Hampar, di Rembau, semalam.

Ketua Polis Daerah Rembau DSP Hazri Mohamad berkata dalam kejadian kira-kira 9 malam itu, mangsa Muhammad Danial Iqwan Muhammad sedang bermain dengan abangnya berusia tiga tahun di bilik tidur utama sambil ditemani ibunya.

“Tiba-tiba ibu mangsa mendengar jeritan anaknya lalu melihat ada seekor ular menyusuri keluar ke dalam lubang di bilik tersebut. Ibu mangsa terus membuat pemeriksaan terhadap anaknya itu dan mendapati terdapat kesan patukan ular di tapak tangan kiri mangsa,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata kanak-kanak itu terus dikejarkan ke Hospital Rembau oleh keluarganya untuk mendapatkan rawatan.

Bagaimanapun mangsa disahkan telah meninggal dunia pada 1 pagi tadi dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut, katanya, lapor Bernama.

Tags: , , ,

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu