Social
152

Kanak-kanak maut diseret lembu

Jeli – Kanak-kanak lelaki maut selepas diseret seekor lembu sejauh 50 meter dalam kejadian di Kampung Rahmat, di sini, petang semalam.

Dalam kejadian 6.40 petang itu, bapa mangsa berusia 29 tahun dikatakan pergi ke lokasi kejadian bersama anaknya berusia enam tahun untuk membawa pulang lembu peliharaannya ke rumah.

Ketua Polis Daerah Jeli, Deputi Superintendan Ahmad Arifin berkata, selepas bapa mangsa melepaskan ikatan lembu berkenaan, secara tiba-tiba tali lembu berkenaan terbelit di kaki anaknya.

“Bapa mangsa cuba membuka belitan tali di kaki mangsa sebelum lembu terbabit terkejut dan melarikan diri dengan mengheret kanak-kanak itu sejauh 50 meter.

“Selepas bapa mangsa berjaya melepaskan ikatan di kaki anaknya, mangsa kemudian dibawa ke Hospital Jeli untuk mendapatkan rawatan sebelum disahkan meninggal dunia,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Katanya, berdasarkan siasatan, mangsa mengalami kecederaan di kepala dan badan akibat diseret sejauh 50 meter.

“Hasil bedah siasat mendapati punca kematian mangsa akibat pendarahan dalaman dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” katanya, lapor Harian Metro.

Tags: , ,

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu