Social
123

Kanak-kanak maut ditembak rakan ketika bermain senapang

Bangkok – Seorang kanak-kanak berumur 5 tahun terbunuh selepas ditembak ketika dia dan dua lagi rakannya bermain dengan senapang sebenar yang disangka palsu, lapor portal berita The Thaiger, kelmarin.

Dalam kejadian  di wilayah Chon Buri itu, mangsa yang merupakan warga Myanmar dipercayai bermain dengan selaras senapang buatan tempatan yang dijumpai di rumah salah seorang rakan mereka.

Seorang kanak-kanak berusia 11 tahun kemudian menarik picu senapang dan menembak mangsa pada bahagian dahi.

Kanak-kanak tersebut kemduian dibawa ke Hospital Bang Lamung oleh anggota pasukan keselamatan ,Sawang Boriboon namun meninggal dunia di hospital.

Stesen televisyen tempatan, Sophon Cable TV melaporkan tragedi tersebut berlaku disebabkan kenakalan kanak-kanak tersebut.

Kenyataan itu bagaimanapun dikritik netizen yang kemudian memberitahu ia berlaku kerana kecuaian orang dewasa yang tidak mengawasi kanak-kanak tersebut ketika bermain. – Agensi

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu