Social
121

Kanak-kanak perempuan dikhuatiri lemas

KOTA MARUDU —  Seorang kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun dikhuatiri lemas di sungai Kampung Malangkap Darat, di sini, hari Jumaat.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 6.04 petang, sebelum sepasukan anggota dan pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Marudu dikerah ke lokasi kejadian.

“Pasukan bomba bergegas ke lokasi untuk mendapatkan maklumat sebelum menjalankan operasi mencari dan menyelamat (SAR).

“Setakat ini, mangsa belum ditemukan dan operasi SAR ditangguh jam 7.30 malam tadi,” katanya dalam kenyataan.

Menurutnya, operasi akan disambung pagi esok kerana laluan masuk ke rumah mangsa dinaiki air dan anggota bomba terpaksa berjalan kaki ke lokasi kejadian, lapor BH Online.

Tags: ,

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu