Social
72

Kapal tangki bersauh tanpa kebenaran ditahan

Georgetown – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Pulau Pinang semalam menahan sebuah kapal tangki yang berdaftar di Jepun kerana disyaki bersauh tanpa kebenaran di perairan negeri itu.

Pengarahnya Kapten Maritim Abd Razak Mohamed berkata kapal itu ditahan pada 4 petang di kedudukan 53 batu nautika barat laut Pulau Kendi oleh kapal peronda KM Burau yang menjalankan Op Pertiwi/Benteng Laut.

“Siasatan mendapati kapal itu dalam perjalanan dari Singapura ke Fujairah, Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan dikendalikan 26 kru terdiri daripada empat warga Jepun dan 22 warga Filipina, kesemuanya memiliki dokumen perjalanan diri yang sah.

“Hasil pemeriksaan mendapati kapal itu gagal mengemukakan sebarang dokumen kebenaran bersauh dan memaklumkan ketibaan di perairan Malaysia,” menurutnya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata nakhoda dan tiga kru kapal itu dibawa ke ibu pejabat APMM Pulau Pinang untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 491B(l) Ordinan Perkapalan Saudagar 1952 iaitu bersauh tanpa kebenaran Pengarah Laut Malaysia. — Bernama

Tags: , ,

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu