Social
186

Kapal tangki ditahan bersauh secara haram

Johor Baharu – Maritim Malaysia (APMM) Negeri Johor terus komited membanteras aktiviti bersauh tanpa kebenaran melalui penahanan sebuah kapal tangki di timur Tanjung Penawar di sini petang semalam.

Pengarah APMM Johor, Laksamana Pertama Maritim Nurul Hizam Zakaria berkata, kapal yang berdaftar di Torre Del Greco, Itali itu ditahan pada pukul 2.45 petang.

Menurutnya, penahanan itu merupakan tangkapan ke 19 sejak Op Jangkar Haram dilaksanakan sejak 24 Mac tahun ini.

“Berikutan kejayaan Op Jangkar Haram minggu lepas, APMM Johor meneruskan lagi operasi dengan memantau rapat aktiviti berlabuh tanpa kebenaran dan telah menahan sebuah kapal tangki pada kedudukan 12.6 batu nautika timur Tanjung Penawar.

“Pemeriksaan mendapati kapal tangki berkenaan telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 491B(1)(l) Ordinan Perkapalan Saudagar 1952 kerana berlabuh tanpa pemakluman atau kelulusan Ketua Pengarah Jabatan Laut,”katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Nurul Hizam berkata, ‘master’ dan ‘chiefofficer’ kapal tersebut telah dibawa ke Pejabat Zon Maritim Tanjung Sedili untuk siasatan lanjut.

Katanya, sekiranya didapati bersalah boleh didenda tidak melebihi RM100,000 atau penjara tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya sekali.

“Jumlah keseluruhan penahanan setakat ini bagi tahun 2021 adalah sebanyak 37 buah kapal. Maritim Malaysia amat serius dan akan terus mempergiatkan lagi usaha bagi membanteras aktiviti bersauh tanpa kebenaran ini.

“APMM juga menasihatkan kepada semua agen-agen kapal dan juga komuniti maritim agar sentiasa mematuhi undang-undang yang ditetapkan.

“Sebarang jenayah dan kecemasan di perairan Johor segera hubungi talian hotline 24 jam Pusat Operasi Maritim Negeri Johor (07-219 9404) atau talian kecemasan MERS 999 agar tindakan segera dapat diambil oleh Maritim Malaysia,”katanya. – Kosmo Online

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu