Social
90

Kartel daging: Pengarah, pengurus syarikat mengaku tak bersalah

Johor Baharu – Syarikat pembekal makanan sejuk beku, LY Frozen Food Sdn. Bhd. bersama pengarah serta pengurusnya mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen, di sini hari ini.

Mereka dituduh atas empat pertuduhan bersubahat dan memiliki barangan larangan import bernilai RM643,465.39, Disember tahun lalu.

Tertuduh, Yong Chee Keong, 40, yang merupakan pengarah syarikat membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan secara serentak bersama pertuduhan ke atas syarikat di hadapan Hakim Wan Mohd. Nor Hisham Wan Yaakob.

Sementara itu, Chong Kim Kuang, 48, yang merupakan pengurus syarikat membuat pengakuan itu di hadapan Hakim, Ahmad Fuad Othman di kamar berasingan.

Chee Keong yang mewakili syarikat dan dirinya didakwa atas empat pertuduhan bersama-sama dengan seorang lagi yang masih bebas iaitu Tan Siew Huak, 42, telah didapati dan disedari memiliki barang-barang larangan.

Sementara itu, Kim Kuang yang merupakan pengurus syarikat berkenaan berdepan empat pertuduhan didapati bersubahat dengan syarikat LY Frozen Food Sdn. Bhd.; Yong Chee Keong dan seorang lagi yang masih bebas iaitu Tan Siew Huak kerana memiliki barangan larangan.

Kesemua mereka dituduh melakukan kesalahan itu di sebuah premis beralamat No. 663, Jalan 3/4, Kawasan Perindustrian Desa Idaman, 81400, Senai dalam daerah kulai pada 15 Disember 2020.

Satu pertuduhan membabitkan pelbagai barangan sejuk beku bernilai RM488,973.91 yang disimpan di dalam premis, manakala tiga pertuduhan lain membabitkan pelbagai barangan sejuk beku yang disimpan dalam tiga buah lori berbeza bernilai RM154,491.48.

Kesemua mereka dituduh mengikut Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1966 yang memperuntukkan denda tidak kurang 10 kali ganda dan tidak 20 kali ganda nilai penjara tidak lebih lima tahun atau kedua-duanya. – Kosmo Online

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu