Social
538

Kartel tender projek: Pegawai kanan kerajaan ditahan

Putrajaya – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seorang pegawai kanan sebuah agensi kerajaan, tengah malam tadi, kerana disyaki terbabit sindiket kartel tender projek yang ditumpaskan, semalam.

Menurut sumber, lelaki berusia 38 tahun bekerja sebagai juruukur bahan Gred 48 itu dipercayai terbabit kerja penyediaan Bill of Quantity (BQ) bagi projek ditawarkan agensi berkenaan.

Katanya, suspek disyaki menerima rasuah bagi membocorkan maklumat berhubung spesifikasi projek, kepada ketua sindiket bertujuan memudahkan penyediaan dokumen tender.

“Pegawai terbabit ditahan di rumahnya di Ampang, tengah malam tadi.

“Hasil risikan mendapati suspek disyaki menerima rasuah sebanyak RM300,000 apabila menyalurkan maklumat kepada ketua sindiket.

“Setakat ini, suspek disyaki menerima empat kali bayaran dianggarkan RM1.2 juta,” katanya. – BH Online

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu