Nation
146

KDN sedia siasat pendedahan Edisi Siasat

Putrajaya – Kementerian Dalam Negeri (KDN) sedia bekerjasama dengan mana-mana pihak yang membuat laporan polis berkaitan dakwaan salah laku rasuah termasuk seperti yang didedahkan satu saluran Telegram dinamakan Edisi Siasat sejak beberapa minggu lalu.

Bagaimanapun, Menteri Datuk Seri Hamzah Zainuddin, berkata beliau baru saja mendengar mengenai kewujudan saluran Telegram berkenaan yang dikatakan membuat pendedahan mengenai salah laku rasuah pegawai kanan kerajaan serta menteri dan bekas menteri.

“Saya baru dengar, … saya tak tahu pun perkara ini. Bagaimanapun, segala kesalahan, sesiapa saja kalau ada laporan polis, ada siasatan, kita akan berikan kerjasama.

“Buat masa ini, saya tidak tahu,” katanya kepada pemberita, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai kewujudan saluran aplikasi Telegram itu dan jika siasatan sudah dijalankan membabitkan dakwaan yang didedahkan oleh pengendali saluran berkenaan.

Pemerhatian terhadap saluran berkenaan mendapati ia dimulakan pada 19 Oktober lalu, namun blog dengan menggunakan nama sama dimulakan pada Julai tahun ini.

Antara kes yang didedahkan dalam saluran Telegram Edisi Siasat itu termasuk kartel daging, kes kehilangan wang RM25 juta, serta1MDB, lapor BH Online.

Tags: , , ,

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu