Nation
314

KE MANA HALA TUJU PENDIDIKAN KITA? : DATO SIVAKUMAR (DSK)

Kuala Lumpur, 13 Ogos 2021- KELESUAN pandemik (pandemic fatigue) di seluruh dunia menjadi salah satu penyebab peningkatan kes akhir-akhir ini. Masyarakat mulai lesu, lalu alpa dalam mematuhi prosedur operasi standard (SOP) setelah program imunisasi COVID-19 mula diperkenalkan bermula hujung tahun 2020.

Menurut Dato N.Sivakumar, Pengerusi NGO DSK, situasi yang sama dapat dilihat di Malaysia sejak awal bulan April 2021. Sepanjang tempoh ini, semua sektor tidak dibenarkan untuk beroperasi kecuali sektor ekonomi dan perkhidmatan perlu (essential economic and service sector) yang disenaraikan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN).

“Sektor pendidikan antara sektor yang amat terjejas dengan sekolah-sekolah dan Institusi Pengajian Tinggi (IPT) terpaksa ditutup untuk menghentikan penyebaran COVID-19. Kesan dari pandemik COVID-19 menyebabkan kerajaan melaksanakan program pembelajaran dalam talian,” ujar beliau.

“Menurut kerajaan, pembelajaran dalam talian dinilai merupakan cara yang paling berkesan dan efisien untuk melakukan pembelajaran di tengah-tengah pandemik ini.”

Dato Siva juga ingin mendapatkan pendapat anda:
1. Berkesankah pengajaran dan pembelajaran dalam talian?

2. Sejauh manakah pelajar dapat belajar dan menguasai pembelajaran yang disampaikan secara dalam talian?

3. Golongan pelajar yang menuntut di sekolah swasta, sekolah antarabangsa & Institusi Pengajian Tinggi Swasta masih diminta membayar yuran pengajian penuh walaupun mereka (pelajar) tidak lagi menggunakan asrama, fasiliti sukan, makmal dan bilik kuliah yang memerlukan kos elektrik. Wajarkah?

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu