Nation
308

Kebenaran rentas negeri dijangka bulan hadapan

Putrajaya – Kebenaran rentas negeri dijangka akan dapat dilakukan bulan hadapan (Oktober) bersandarkan kepada data selepas 90 peratus populasi dewasa lengkap vaksinasi, kata Pengerusi Majlis Pemulihan Negara (MPN) Tan Sri Muhyiddin Yassin.

“Kemungkinan pada Oktober sama ada pada peringkat awal atau selewat-lewatnya pertengahan,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat MPN Bilangan 3/2021 di sini hari ini.

Turut hadir pada mesyuarat itu ialah Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz, Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, Menteri Kanan Pendidikan Datuk Radzi Jidin dan Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin.

Muhyiddin berkata soal pembukaan sempadan negara juga sedang diperhalusi kementerian berkaitan, dan akan dibincangkan bersama Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

“Saya harap itu akan diumumkan tidak lama lagi,” katanya selain rentas daerah dan negeri, pembukaan sempadan negara juga penting untuk mempercepatkan proses pemulihan negara.

Beliau berkata perbincangan pembukaan sempadan negara merangkumi cadangan sempadan negara dibuka kepada pelancong, peniaga dan usahawan untuk datang ke Malaysia dan membolehkan rakyat Malaysia melancong ke negara yang menerima kedatangan mereka yang telah lengkap vaksinasi, lapor Bernama.

Tags: , , ,

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu