Social
274

Kedai makan jual air ketum diserbu

Teluk Intan – Seorang remaja lelaki berusia 17 tahun antara 13 individu yang ditahan ketika sedang menikmati air ketum di sebuah kedai makan di Kampung Sungai Badak, Kota Setia di sini kelmarin.

Kesemua mereka yang berusia 17 hingga 58 tahun itu ditahan dalam serbuan oleh Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN) Hilir Perak dan Balai Polis Teluk Intan pada pukul 11.30 malam.

Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Ahmad Adnan Basri berkata, serbuan dijalankan berdasarkan maklumat awam yang mendakwa kedai makan berkenaan menjual air ketum kepada pelanggan.

Katanya, ketika serbuan, 12 lelaki dan seorang wanita berusia 58 tahun sedang leka minum disyaki air ketum.

“Seorang yang ditahan merupakan pemilik kedai makan berusia 52 tahun, manakala yang lain adalah pelanggan yang sedang duduk di tiga meja berasingan.

“Terdapat tiga botol plastik dengan kandungan 1.5 liter berisi cecair disyaki ketum dirampas dari atas meja makan, manakala dua bekas plastik dengan kandungan 12 liter berisi cecair sama turut dirampas dari dapur kedai berkenaan,” katanya di sini hari ini, lapor Kosmo Online.

Tags: , , ,

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu