Nation
541

Kediaman PM Muhyiddin jadi tumpuan

Kuala Lumpur – Kediaman Tan Sri Muhyiddin Yassin menjadi tumpuan hari ini apabila beberapa anggota kabinet dan pegawai tertinggi kerajaan dilihat memasuki kawasan rumah perdana menteri di Bukit Damansara.

Beberapa kenderaan berwarna hitam termasuk sebuah kenderaan menggunakan plat ‘Menteri’ dengan diiringi polis dilihat memasuki kawasan itu pagi ini sebelum keluar meninggalkan kediaman tersebut kira-kira 12.30 tengah hari.

Antara yang dipercayai hadir adalah Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, Menteri Kanan Luar Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan Peguam Negara Tan Sri Idrus Harun.

Pertemuan itu dipercayai berlangsung susulan pengumuman UMNO awal pagi ini yang memutuskan untuk menarik balik dan menamatkan sokongan serta-merta terhadap Muhyiddin.

Selepas mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) parti secara maya lebih empat jam malam tadi, Presidennya Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata keputusan itu dicapai susulan kegagalan kerajaan Perikatan Nasional menangani pandemik COVID-19, sekali gus gagal memenuhi harapan dan tuntutan rakyat, lapor Bernama.

Tags: , , ,

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu