Social
889

Kegiatan jijik bapa kandung terbongkar

Pasir Putih – Seorang bapa kandung berusia 51 tahun ditahan kerana merogol anak gadisnya berusia 16 tahun ketika isterinya keluar bekerja dalam kejadian di Kampung Merkang, di sini.

Kegiatan jijik itu terbongkar apabila mangsa membuat laporan polis yang membawa kepada penangkapan suspek  bapa empat anak itu, semalam.

Ketua Polis Daerah Pasir Puteh, Deputi Superintendan, Mohd Azmir Damiri berkata, suspek itu ditahan di rumahnya sebaik menerima laporan.

Katanya, mangsa tinggal bersama bersama ibu dan tiga adik beradik yang lain.

“Hasil siasatan awal, mangsa memberitahu suspek masuk ke dalam bilik tidur mangsa dan merogol mangsa ketika ibu mangsa keluar bekerja dan adik beradiknya masih tidur.

“Mangsa turut memaklumkan kejadian dirinya dirogol suspek berlaku beberapa kali sebelum ini sejak tiga bulan lalu,” katanya, menurut laporan BH Online.

Azmir berkata, sebelum ini mangsa tidak bercerita kepada sesiapa kerana bimbang dimarahi dan dipukul suspek.

Katanya, suspek  ditahan reman selama tujuh hari sehingga 22 Julai ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 376B Kanun Keseksaan.

Tags: , , ,

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu