Sports
134

Kejohanan Peringkat Akhir Malaysia Esport (MES) 2021

Kuala Lumpur – Kejohanan Malaysia Esports Series (MES) 2021 yang bermula sejak 24 Mac 2021 (pusingan kelayakan) telah sampai ke kemuncak kejohanan pada hari ini selama tiga hari.

Kejohanan MES 2021 berjaya menghimpunkan lebih 2,000 atlet e-sukan negara. Sebanyak 16 pasukan daripada setiap kategori akan berentap untuk acara Grand Finale.
Tawaran hadiah wang tunai sebanyak RM100,000.00 akan menjadi rebutan di kalangan atlet yang bakal merangkul gelaran juara pada kejohanan ini.

Firdaus Hashim (MasterRamen)

Sementara penonton kejohanan MES 2021 yang bertuah bakal memenangi dua buah telefon pintar dan sebuah Konsol PS5.

Grand Finale akan membuka tirai dengan PUBGM pada hari pertama (Jumaat), manakala, FIFA 21 akan berlangsung pada hari Sabtu sebelum kemuncak acara iaitu Mobile Legend Bang Bang pada hari Ahad.

Mohamad Zul Hisham Mohd Noor (Xorn)

Dijangkakan, Grand Finale MES 2021 akan menyajikan pelbagai kejutan buat peminat e-sukan negara terutamanya selepas Team Haq mencipta kejutan awal pada pusingan kelayakan yang lalu.

Mohd Safee Mohd Sali

Selain itu, penganjur turut berbangga dengan kejohanan ini kerana telah berjaya menarik minat pasukan antarabangsa yang terkemuka seperti Todak.

Nabila Razali

Penganjur juga menjemput peminat-peminat e-sukan negara untuk turut serta sepanjang Grand Finale kerana tips-tips dan komen terhadap kejohanan MES 2021 akan diberikan oleh atlet tersohor e-sukan iaitu MasterRamen dan Xorn.

Penampilan lagenda bolasepak negara Safee Sali dalam pusingan akhir pada Sabtu ini turut memberi gambaran sokongan beliau terhadap perkembangan e-sukan di negara ini yang kian mendapat tempat di hati rakyat Malaysia.
Artis tempatan yang terkenal dengan lagu bergenre balada ‘Peluang Kedua’, Nabila Razali juga akan hadir bagi merancakkan majlis penutup kejohanan MES 2021 yang bertemakan e-sukan bukan sekadar hobi pada Ahad ini.

Aimanhaq Zaharudin
Pengerusi Penganjur MES 2021 Pengasas/Pemilik Pemilik THQ Esports Club +60 17 460 2384

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu