Social
329

Kelawar bawa penyakit anjing gila dikesan

Springfield – Jabatan Kesihatan Awam Illinois (IDPH), Amerika Syarikat (AS) mengesan lebih 12 kelawar yang dijangkiti penyakit anjing gila di seluruh negeri itu tahun ini, lapor akhbar New York Post semalam.

Kemunculan kawanan kelawar itu dibimbangi boleh mencetuskan satu lagi ancaman wabak penyakit berbahaya kepada manusia.

Kes kelawar dijangkiti penyakit anjing gila tersebar di bahagian timur laut negeri itu dengan 14 mamalia tersebut yang menjadi mangsa, ditemui di 10 buah daerah.

Susulan penemuan itu, jabatan kesihatan mengeluarkan amaran kepada penduduk supaya segera mendapatkan rawatan perubatan jika mereka digigit atau dicakar oleh kelawar.

Penyakit anjing gila boleh membawa maut jika tidak dirawat segera.

Kali pertama kelawar berpenyakit itu ditemui di Illinois tahun ini adalah pada Mac lalu. pegawai kesihatan negeri berkata, kekerapan tertinggi kes tersebut muncul pada Ogos dan September.

“Sebilangan besar kes penyakit anjing gila yang dijumpai di Illinois ditemukan pada kelawar,” kata Pengarah IDPH, Dr. Ngozi Ezike dalam satu kenyataan pada Mac lalu.

“Walaupun majoriti kelawar tidak dijangkiti penyakit anjing gila, adalah penting untuk kita mengelak daripada menyentuh haiwan itu dan memastikan rumah anda tidak memiliki bukaan yang membolehkan ia terbang masuk,” ujar Ezike.

Tags: , , ,

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu