Social
508

Kelibat aneh gemparkan penduduk

New Delhi – Satu video yang memaparkan kelibat entiti yang pelik dikesan berkeliaran di seberang jalan di Jharkland, timur India, menjadi tular dalam media sosial.

Lapor Daily Star, kejadian itu sekali gus mencetuskan situasi panik dan ketakutan dalam kalangan penduduk Jharkland.

Dalam klip video tersebut, makhluk aneh itu dilihat sedang berjalan di atas sebuah jambatan baharu dibina berhampiran Empangan Chadwa di Hazaribagh pada waktu malam.

Entiti menyeramkan itu memiliki lengan dan kaki panjang, kulit berwarna putih pucat dan bentuk badan yang sangat kurus.

Rakaman video itu turut menunjukkan beberapa penunggang motosikal di jambatan itu bertindak melarikan diri selepas terserempak dengan entiti tersebut.

“Entiti itu pula berhenti dan merenung mereka sebelum berjalan semula dengan perlahan,” jelas laporan itu.

Rata-rata saksi yang ditemui mendakwa entiti seram itu mungkin merupakan hantu, ahli sihir atau makhluk asing.

Video yang dimuat naik di laman Twitter itu ditonton lebih 5,000 kali.

Klip video itu turut mencetuskan perdebatan dalam kalangan warganet sama ada kelibat misteri itu benar atau palsu. — Daily Star

Tags: , , ,

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu