Kuala Lumpur Post

Social

Kelibat harimau belang di Kampung Kuala Kenering

GERIK — PERHILITAN Perak mengesahkan menerima laporan seekor harimau belang dilihat di Jalan Baling-Kuala Kangsar berdekatan Kampung Kuala Kenering, Kenering di sini, malam tadi.

Pengarah PERHILITAN Perak, Yusuff Shariff ketika dihubungi malam tadi berkata, susulan aduan berkenaan pihaknya menghantar kakitangan untuk meninjau serta menyiasat perkara itu.

Sementara itu, Mohammad Jalil Md Rodzi, 32, penduduk yang mendakwa melihat harimau itu berkata, dia dan keluarga melihat pak belang tidak jauh dari kedai makan yang hendak mereka tuju.

“Saya sempat merakam visual namun tidak berapa jelas kerana ketika saya tiba harimau itu sudah menjauhi lokasi berkenaan. Gambar yang saya lampirkan pada hantaran di Facebook adalah yang saya peroleh dari individu dalam kereta itu,” katanya ketika dihubungi malam tadi.

Menurutnya, berdasarkan maklumat beberapa rakannya di Kampung Malau tidak jauh dari situ, penduduk sudah menyedari kehadiran harimau sejak bulan lalu.

Tags: ,