Nation
165

Kelulusan vaksin Covid-19 Sinovac perlu penilaian proses pengilangan

Kuala Lumpur – Vaksin COVID-19 Sinovac keluaran China yang diterima Malaysia hari ini perlu terlebih dahulu melalui proses pengilangan oleh syarikat farmaseutikal, Pharmaniaga untuk dinilai dan diberikan kelulusan oleh badan pengawalseliaan.

Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Khairy Jamaluddin berkata proses pengilangan tersebut merupakan antara kriteria yang akan dinilai Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) sebelum memberikan syor kepada Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) untuk kelulusan.

“Sebab itu ramai tanya kenapa hari ini kita terima vaksin yang masih belum diluluskan badan pengawal selia. Ini disebabkan proses kelulusan daripada badan pengawal selia mesti melihat bagaimana vaksin ini dibotolkan baru boleh diberi kelulusan.

“Ini apa yang disebut, bertujuan untuk menyediakan data permohonan pendaftaran dan menjalankan proses validasi, perjalanan sijil analisa produk yang siap dan melihat kepada data kestabilan dari kilang,” kata Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi itu.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menyambut ketibaan vaksin Sinovac yang dibangunkan firma farmaseutikal China itu secara pukal dalam bentuk cecair sebanyak 200 liter di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), dari Beijing, China, pagi tadi. – Bernama

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu