Nation
186

Kemalangan LRT : PM arah Kementerian Pengangkutan dan Prasarana buat siasatan terperinci

Kuala Lumpur, 24 Mei 2021- Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah dimaklumkan oleh Menteri Pengangkutan mengenai kemalangan yang melibatkan sebuah tren Transit Aliran Ringan (LRT) berhampiran stesen Kampung Baru petang tadi.

Menurut kenyataan di laman FB rasmi Perdana Menteri, beliau difahamkan bahawa petugas-petugas keselamatan dan kecemasan sedang berada di tempat kejadian.

Beliau yakin kerja-kerja penyelamatan dipermudah dan penumpang terlibat selamat, manakala mereka yang cedera diberikan rawatan segera.

“Saya memandang serius kemalangan ini dan telah mengarahkan Kementerian Pengangkutan dan Prasarana Malaysia Berhad untuk melakukan siasatan penuh untuk mengenalpasti punca kemalangan ini, dan tindakan yang tegas harus diambil dengan segera.”

“Keutamaan sekarang harus diberikan kepada mangsa-mangsa kemalangan, dan saya telah mengarahkan semua pihak memberi kerjasama sepenuhnya bagi memastikan mangsa mendapat rawatan yang menyeluruh memandangkan kita juga berada dalam gelombang pandemik COVID-19 yang sedang meningkat naik,” saran beliau.

Tags: , , , ,

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu