Social
544

Kematian lelaki : Polis tahan 16 ahli keluarga

Shah Alam – Polis menahan 16 individu yang merupakan ahli keluarga kepada seorang lelaki tempatan yang mati akibat dipukul di rumah keluarganya di Ladang Baru Kelanang, Banting kira-kira 45 kilometer dari sini,  semalam

Ketua Polis Daerah Kuala Langat Supt Ahmad Ridhwan Mohd Nor@Saleh berkata, kesemua individu termasuk lapan orang wanita berusia 17 hingga 60-an itu, ditahan sekitar pukul 1 hingga 3 pagi semalam, selepas mangsa dikatakan dipukul oleh beberapa orang ahli keluarganya iaitu ibu, ayah, adik-beradik dan saudara mara terdekat, pada hari Khamis.

“Si mati merupakan seorang penganggur berusia awal 30-an. Kejadian berlaku pada 6.30 petang semalam, di mana mangsa dalam keadaan mabuk telah datang ke rumah keluarganya di Ladang Baru Kelanang. Si mati telah mengganggu dan memukul beberapa ahli keluarga, serta merosakkan kenderaan milik adiknya dengan memecahkan cermin kereta, menggunakan batu-bata.

“Berikutan itu, ahli keluarga yang berang dengan sikap si mati bertindak memukulnya menggunakan kayu, kerusi dan batu. Si mati telah mengalami kecederaan parah di bahagian kepala, dan dibawa oleh ambulans ke Hospital Banting, sebelum meninggal dunia,” katanya dalam kenyataan semalam.

Ahmad Ridhwan berkata susulan itu, pihaknya telah menahan 16 orang ahli keluarga mangsa di tempat kejadian di antara jam 1 hingga 3 pagi tadi untuk siasatan lanjut, dan polis turut merampas senjata kayu, batu dan kerusi yang digunakan, untuk mencederakan si mati.

Beliau berkata, kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan, lapor Bernama.

Tags: , , , , ,

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu