Nation
174

Kenaikan jumlah bayaran pencen perlu kajian mendalam : Abd Latiff

Kuala Lumpur – Kenaikan jumlah bayaran pencen bagi membantu pesara yang berhadapan masalah ekonomi ekoran COVID-19 perlu kajian yang lebih mendalam, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas) Datuk Dr Abd Latiff Ahmad.

Ini menurutnya memandangkan tidak kira sama ada ketika pandemik atau tidak, setiap pesara kini menerima kenaikan bayaran pencen sebanyak dua peratus setiap tahun sejak 1 Jan 2013.

Beliau berkata demikian pada Waktu Pertanyaan Menteri bagi menjawab soalan P. Kasthuriraani (PH-Batu Kawan) yang mahu tahu sekiranya kerajaan akan menaikkan bayaran pencen bagi golongan B40 selaras kenaikan kos sara hidup dan ramai yang kehilangan sumber pendapatan di kala pandemik ini.

Abd Latiff berkata satu kajian kini sedang disiapkan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) bagi membantu pesara yang menerima bayaran pencen di bawah pendapatan garis kemiskinan yang kini ditetapkan pada kadar RM2,208 sebulan bagi menambah baik situasi ekonomi mereka.

“Ini satu perkara sedang difikirkan, JPA dah buat kajian dan akan dibentang kepada perdana menteri sebelum dibuat memorandum Jemaah Menteri,” katanya, lapor Bernama.

Tags: , , ,

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu