Nation
340
0

Kenapa Annuar Musa meraban? – UMNO Moving Forward

“Tan Sri Annuar Musa digantikan, bukan dipecat. Cuma diganti oleh Ahmad Maslan. Itu jawatan dilantik. Memang boleh ditukar,” menurut Dr. Puad Zarkashi, Ahli Majlis Tertinggi UMNO.

Beliau berkata, Datuk Seri Tengku Adnan (Ku Nan) pernah dugugurkan sebagai Setiausaha Agung BN. Dia diganti oleh Annuar Musa. Ku Nan tidak pun buat sidang media membelasah Presiden parti.

“Ahmad Maslan pernah jadi Ketua Penerangan UMNO. Dia diganti oleh Annuar Musa. Ahmad Maslan tidak pun buat PC belasah Najib.”

“Tetapi lain pula Annuar Musa. Nampak “his true color”. Dia kata, surat Zahid kepada YDP Agung sokong Anwar sebagai PM adalah tulen. Dia belasah Presiden.”

“Ramai tidak tahu, Annuar Musa desak Ahmad Maslan selaku Setiausaha Agung UMNO buat laporan polis kononnya surat itu adalah palsu yang sengaja direka oleh Anwar,” ujar Dr. Puad.

“Kenapa mesti buat laporan polis? Kenapa mesti ikut game plan Hamzah Zainuddin. Kenapa sekarang dakwa surat itu tulen pula?”

“Sebab itu slogan “No Anwar No DAP” bukan punca dia dipecat. Dia dendang sendiri alasan itu supaya dia dilihat hero Melayu yang berprinsip. Sebenarnya meraban,” tambah beliau lagi.

More Similar Posts

You must be logged in to post a comment.
Most Viewed Posts
Menu