Nation
132
0

Keputusan kes rasuah Rosmah 18 Februari

Kuala Lumpur – Mahkamah Tinggi di sini menetapkan 18 Februari ini bagi keputusan kes rasuah Datin Seri Rosmah Mansor berhubung projek membekalkan tenaga solar bernilai RM1.25 bilion kepada 369 sekolah luar bandar di Sarawak.

Hakim Mohamed Zaini Mazlan memutuskan demikian selepas selesai mendengar hujah daripada kedua-dua pihak di akhir kes pendakwaan itu di sini sebentar tadi.

Dalam prosiding itu pendakwaan diwakili Timbalan Pendakwa Raya Datuk Seri Gopal Sri Ram manakala Rosmah diwakili peguam Datuk Jagjit Singh dan Datuk Akberdin Abdul Kadir.

Rosmah, 69, mengaku tidak bersalah atas satu pertuduhan meminta RM187.5 juta dan dua pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM6.5 juta daripada Pengarah Urusan Jepak, Saidi Abang Samsudin menerusi bekas pembantunya, Datuk Rizal Mansor bagi projek membekalkan tenaga solar bernilai RM1.25 bilion kepada 369 sekolah luar bandar di Sarawak.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di tiga tempat berasingan iaitu di Lygon Cafe, Sunway Putra Mall, Jalan Putra, kediamannya di Jalan Langgak Duta, Taman Duta; di kediaman Seri Perdana, Persiaran Seri Perdana, Presint 10, Putrajaya, antara Januari 2016 hingga 7 September 2017. – Kosmo Online

More Similar Posts

You must be logged in to post a comment.
Most Viewed Posts
Menu