Nation
82

Keputusan SPM 2020 diumum 10 Jun

Kuala Lumpur – Keputusan Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2020 akan diumumkan pada 10 Jun, kata Menteri Kanan (Pendidikan) Datuk Dr Radzi Jidin.

Dalam klip video ringkas yang dimuat naik menerusi akaun Facebook rasminya, beliau berkata calon-calon boleh menyemak keputusan peperiksaan itu mengikut kaedah yang akan diperincikan.

“… kementerian akan mengeluarkan kenyataan media dan kita akan jelaskan apakah kaedah yang boleh digunakan oleh calon-calon untuk menyemak keputusan mereka,” katanya.

Seramai 401,105 calon menduduki SPM 2020 yang dilaksanakan pada 22 Feb lepas dan tamat 25 Mac, melibatkan 83 kertas peperiksaan di 3,310 pusat peperiksaan di seluruh negara.

Calon SPM 2020 merupakan kumpulan pelajar yang telah mengikuti sesi kelas SPM tahunan terpanjang iaitu hampir 14 bulan, sehingga memaksa mereka beralih kepada pembelajaran secara dalam talian menerusi aplikasi seperti Google Meet, Google Classroom dan Skype berikutan penularan pandemik COVID-19. — Bernama

Tags: , , ,

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu