Nation
185

Kerajaan akan fokus kepada satu SOP am, sembilan garis panduan : Hishammuddin

Kuala Lumpur – Kerajaan akan memberi tumpuan kepada satu prosedur operasi standard (SOP) am bagi COVID-19 yang boleh berkuat kuasa melalui Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) serta sembilan garis panduan.

Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata SOP am itu adalah berkaitan langkah tetap bagi mengawal penularan seperti memakai pelitup muka, panduan pengudaraan, daftar masuk MySejahtera dan syarat lengkap vaksin.

Beliau berkata sembilan garis panduan pula merangkumi aktiviti dalam pelbagai sektor.

“Garis panduan ini tidak boleh dikuatkuasakan tetapi menjadi tanggungjawab rakyat untuk memahami dan mengamalkannya dengan sebaik mungkin,” katanya pada sidang media khas di Wisma Pertahanan di sini hari ini, lapor Bernama.

Tags: , ,

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu