Nation
6K

Kerajaan bakal umum pemberian moratorium, i-Sinar

Putrajaya – Kerajaan bakal mengumumkan pemberian moratorium dan i-Sinar dalam waktu terdekat, kata Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.

Beliau berkata, perbincangan sudah dilakukan bersama Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan agensi-agensi berkaitan, lapor Kosmo Online.

“Isu moratorium dan i-Sinar. Saya sudah berbincang dengan Perdana Menteri dan agensi-agensi berkaitan.

“Kerajaan mendengar suara rakyat dan bantuan yang wajar akan diumumkan dalam masa terdekat, Insya-Allah,” katanya dalam satu hantaran di akaun Facebooknya hari ini.

 

Tags: , , ,

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu