Nation
204

Kerajaan digesa pertimbang kombinasi vaksinasi Ivermectin

Georgetown – Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa Kerajaan Malaysia membenarkan Ivermectin digunakan di bawah Kebenaran Penggunaan Kecemasan (EUA) bersama dengan program vaksinasi semasa sebagai antara inisiatif untuk menyelamatkan nyawa.

Presidennya Mohideen Abdul Kader berkata CAP menyokong gesaan Gabungan Malaysia bagi Kawalan COVID-19 Berkesan (MAECC) untuk menjadikan Malaysia sebagai negara ke-32 yang menggunakan ubat itu dalam program rawatan dan pencegahan penularan pandemik tersebut.

“Ivermectin berisiko rendah, dengan kos yang rendah dan ubatan yang sudah mapan serta sedia didapati. Ia telah digunakan selama berdekad walaupun untuk indikasi yang berbeza.

“Pada saat genting pandemik ini, kerajaan seharusnya dengan serius menggunakan Ivermectin bagi rawatan COVID-19 bersama dengan program vaksinasi yang baru berjaya menyediakan 36.13 peratus daripada jumlah penduduk dengan dos pertama dan 16.90 peratus dengan dos kedua,” menurutnya dalam kenyataan semalam.

Beliau berkata kadar vaksinasi yang perlahan dan kelewatan dalam hasil ujian klinikal Ivermectin yang hanya bermula pada Jun 2021, Malaysia tidak boleh menunggu lama apabila berdepan dengan gelombang jangkitan varian baharu lebih-lebih lagi ketika sistem kesihatan sudah berada di bawah tekanan akibat bilangan kes positif harian yang semakin tinggi.

Katanya penggunaan Ivermectin dalam usaha menangani pandemik COVID-19 bakal memberikan harapan untuk memulihkan kembali keadaan di Malaysia supaya rakyat tidak lagi dibebani dengan masalah ekonomi yang kronik, lapor Bernama.

Tags: , , , ,

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu