Nation
108

Kerajaan gubal strategi COVID-19 berdasarkan data – PM

Putrajaya – Kerajaan menggubal strategi mengawal penularan Covid-19 berdasarkan data, serta mengambil pendekatan yang lebih bersasar dengan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan yang lebih ketat di lokasi kluster jangkitan, kata Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau berkata banyak yang telah dipelajari setelah setahun berlalu, antaranya berdasarkan analisis data, lebih 85 peratus kes Covid-19 di negara ini disumbangkan oleh lebih 10 peratus lokasi kluster Covid-19.

Pada masa yang sama, Muhyiddin berkata aktiviti ekonomi akan terus dibuka tertakluk kepada amalan penjarakan fizikal serta prosedur operasi standard (SOP) yang ketat.

“Penguatkuasaan SOP akan dipertingkatkan. Tindakan tegas akan diambil ke atas mereka yang didapati tidak mematuhi SOP bagi memastikan aktiviti ekonomi dan mata pencarian untuk majoriti rakyat dan perniagaan dapat kekal dibuka dan diteruskan,” katanya dalam Amanat Perdana Setahun Malaysia Prihatin hari ini.

Majlis amanat bersempena genap setahun beliau menerajui kerajaan Malaysia berlangsung secara hibrid yang menggabungkan kehadiran secara fizikal di Putrajaya, antaranya menteri-menteri kabinet dan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali, dan juga secara maya. — Bernama

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu