Nation
168

Kerajaan kaji gubal ordinan bagi golongan anti vaksin : Hamzah

Kuala Lumpur – Kerajaan sedang mengkaji untuk menggubal ordinan bagi membolehkan tindakan diambil terhadap golongan anti vaksin yang menghasut orang ramai agar menolak vaksin COVID-19.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata ordinan sempama itu mungkin diperlukan memandangkan ada kempen yang dilakukan pihak tertentu untuk menolak vaksin COVID-19.

“Insya Allah sekiranya boleh, ia akan dijadikan sebagai satu ordinan. Sekiranya mereka (golongan anti vaksin) tidak mahu mengambil vaksin, itu adalah masalah mereka, tetapi yang menjadi masalah adalah mereka buat kempen untuk orang tidak ambil vaksin.

“Itu menjadi masalah kepada kita (kerajaan),” katanya dalam sidang media selepas membuat lawatan mengejut pematuhan prosedur operasi standard di sebuah pusat membeli-belah, di sini, hari ini.

Beliau berkata negara ini perlu mencapai imunisasi kelompok bagi membolehkan kesemua aktiviti ekonomi dan sosial beroperasi semula seperti biasa.

Turut hadir, Timbalan Pengarah Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (Pasukan Gerakan Khas) Bukit Aman Datuk Mastor Mohd Ariff, Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Azmi Abu Kassim dan Ketua Polis Daerah Brickfields ACP Anuar Omar. — Bernama

Tags: , , , ,

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu