Nation
123

Kerajaan kaji sidang Parlimen secara hibrid : Takiyuddin

Kuala Lumpur – Kerajaan sedang mengkaji untuk mengadakan persidangan Dewan Rakyat dan Dewan Negara secara hibrid bagi memastikan Parlimen dapat berperanan sebagaimana sewajarnya walaupun negara masih berdepan dengan pandemik COVID-19.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata satu mesyuarat telah diadakan secara maya antara pihaknya dan kedua-dua Yang Dipertua Dewan Rakyat dan Dewan Negara serta Timbalan-Timbalan Yang Dipertua bagi membincangkan perkara berkaitan persiapan ke arah pelaksanaan Parlimen secara hibrid itu.

Menurutnya ia merangkumi aspek-aspek infrastruktur, teknikal, undang-undang, peraturan dan kewangan.

“Mesyuarat hari ini pada dasarnya bersetuju dengan pelan konsep Parlimen hibrid yang berasaskan penyertaan Ahli Parlimen secara kehadiran fizikal dan juga secara maya,” katanya dalam kenyataan di sini.

“Mesyuarat turut memutuskan supaya kajian lebih terperinci dibuat segera bagi menyediakan kertas lengkap yang akan diangkat dalam waktu terdekat untuk pertimbangan dan kelulusan Jemaah Menteri,” katanya. — Bernama

Tags: , ,

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu