Social
102

Kerani wanita ditahan pecah amanah syarikat RM4 juta

Kuala Lumpur – Seorang kerani wanita ditahan polis semalam dipercayai terlibat dengan kes pecah amanah syarikat pembinaan melibatkan kerugian RM4 juta.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya ACP Mohamad Farouk Eshak berkata suspek berumur 39 tahun itu ditahan ketika hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang Jaya susulan laporan yang dibuat oleh pengarah syarikat berkenaan pada November tahun lepas.

“Suspek dipercayai telah membuat beberapa transaksi ke dalam akaun peribadinya secara berperingkat berjumlah RM4 juta.

“Dia juga mempunyai akses akaun bank milik syarikat kerana pengadu (pengarah syarikat) cuti sakit sejak Januari 2018 hingga Jun 2020 dan tiada individu lain mempunyai akses kepada wang berkenaan,” katanya dalam kenyataan semalam.

Beliau berkata siasatan awal mendapati dua akaun bank wanita itu digunakan untuk tujuan pemindahan wang syarikat dan suspek direman selama empat hari bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 408 Kanun Keseksaan, lapor Bernama.

Tags: , , ,

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu