Social
164
0

Kereta Ferrari 430 hampir musnah terbakar

Butterworth – Sebuah kereta mewah jenis Ferrari 430 hampir musnah keseluruhannya selepas terbakar dalam kejadian di susur keluar Permatang Pauh, Lebuhraya Butterworth-Kulim di Seberang Jaya, di sini hari ini.

Kejadian kira-kira pukul 2 petang itu bagaimanapun tidak membabitkan sebarang kecederaan atau kemalangan jiwa apabila pemandunya berjaya menyelamatkan diri.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri berkata, pihaknya yang tiba di lokasi kejadian mendapati kebakaran telah dipadamkan oleh pasukan bomba sukarela (PBS).

“Kebakaran itu membabitkan sebuah kereta jenis Ferrari 430 yang mana sebahagian besar kereta tersebut terbakar dengan anggaran kemusnahan 80 peratus,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Menurutnya, pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat Perai telah melakukan kerja-kerja ‘overhaul’ sebelum operasi tamat pukul 2.59 petang.

Jurucakap itu berkata, pihaknya bagaimanapun sedang menyiasat punca kejadian. – Utusan Online

More Similar Posts

You must be logged in to post a comment.
Most Viewed Posts
Menu