Social
168

Kereta Mercedes Benz musnah terbakar

Rembau – Sebuah kereta jenis Mercedes Benz musnah dalam kebakaran di Kilometer 226 Lebuhraya Utara Selatan (arah Selatan), malam tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Sembilan Ahmad Mukhlis Mokhtar berkata sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Rembau tiba di lokasi kejadian kira-kira 15 minit selepas menerima panggilan mengenai insiden itu pada 10.53 malam.

“Lelaki berusia dalam lingkungan 50-an itu sempat keluar daripada kereta dan mangsa didapati tidak mengalami sebarang kecederaan namun kereta itu musnah terbakar 100 peratus,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

Katanya, punca dan jumlah kerugian masih dalam siasatan, lapor Bernama.

Tags: , ,

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu