Social
748

Kereta mewah terbakar, jatuh gaung

Beaufort – Seorang pemandu kereta mewah berdepan detik cemas apabila kenderaannya terjunam ke dalam gaung sebelum terbakar di Jalan Bypass Bukit Bendera di sini, tengah malam tadi.

Dalam kejadian 12 tengah malam itu, pemandu berusia 37 tahun yang memandu Porsche Panamera itu bagaimanapun hanya mengalami kecederaan ringan.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah dalam kenyataannya berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 12.04 tengah malam.

Katanya, sepasukan 10 anggota dan pegawai bersama jentera serta van Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (ERMS) dikerah bergegas ke lokasi kejadian.

“Sebaik tiba di lokasi kejadian, kebakaran membabitkan sebuah kereta Porsche Panamera yang terbakar sepenuhnya.

“Kejadian dipercayai berpunca daripada kemalangan terbabas sendiri masuk ke dalam gaung setinggi tiga meter,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Menurutnya, mangsa yang mengalami kecederaan dihantar ke hospital oleh orang awam sebelum ketibaan bomba.

Katanya, pasukan bomba terus bertindak memadam kebakaran berkenaan menggunakan satu aliran reel dari jentera bomba.

“Api berjaya dikawal pada 12.15 tengah malam sebelum ditamatkan sepenuhnya 25 minit selepas itu,” katanya, lapor Harian Metro.

Tags: , ,

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu