Social
307

Kereta terbabas, rempuh penghantar makanan

Kulai – Seorang penghantar makanan maut selepas terlibat dalam kemalangan membabitkan tiga buah kenderaan di Kilometer 30 Jalan Johor Bahru – Air Hitam, di sini petang semalam.

Dalam kejadian pukul 5.50 petang itu, lelaki berusia 33 tahun maut yang mengalami kecederaan di bahagian badan dan kepala maut di tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah Kulai, Superintendan Tok Beng Yeow berkata, hasil siasatan awal mendapati kemalangan tersebut disyaki berlaku apabila pemandu kereta jenis Honda berwarna putih memandu secara laju dari lorong sebelah kiri di lokasi kejadian.

Katanya, pemandu Honda itu kemudiannya menukar laluan terus ke lorong sebelah kanan dan telah hilang kawalan lalu melanggar bahagian kiri tayar depan kereta jenis Chevrolet yang ketika itu berada di lorong sebelah kanan.

“Akibat perlanggaran itu, kereta Honda tersebut telah memasuki lorong bertentangan jalan dan telah melanggar penunggang motosikal yang berada di laluan tersebut.

“Mangsa yang menunggang motosikal Honda Wave itu mengalami kecederaan di bahagian badan dan kepala telah disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pasukan paramedik Hospital Seri Maharaja Tun Ibrahim Kulai,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tags: , , , ,

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu