Nation
206
0

KERJASAMA DAN KOMITMEN INDUSTRI PERLU UNTUK MENJAYAKAN PROGRAM SARINGAN DAN VAKSINASI COVID-19 – DATUK SERI M. SARAVANAN

Kuala Lumpur- Penularan wabak pandemik COVID-19 tidak hanya memberikan impak kepada tahap kesihatan masyarakat tetapi turut memberikan kesan kepada pertumbuhan ekonomi negara.

Sehubungan itu, Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M. Saravanan menyeru para pemain industri untuk memberikan kerjasama dan komitmen kepada Kerajaan untuk bersama-sama dalam usaha memutuskan rantaian penularan wabak COVID-19.

“Ini susulan berlakunya peningkatan kes COVID-19 baru-baru ini termasuk kluster-kluster berkaitan tempat kerja yang semakin membimbangkan.”

“Saya berharap agar syarikat-syarikat besar di dalam negara terutamanya dapat tampil membantu Kerajaan menjayakan proses saringan COVID-19 dan vaksinasi yang sedang dan akan dilaksanakan,” seru Saravanan.

Beliau yakin langkah ini dapat membantu negara menguruskan ekonomi dengan lebih baik selain membantu pemain industri yang terjejas akibat pandemik COVID-19.

“Justeru, kerjasama dan komitmen semua pihak dalam menjayakan usaha ini amat dialu-alukan,” saran beliau.

More Similar Posts

You must be logged in to post a comment.
Most Viewed Posts
Menu