Social
662

Kes ahli politik didakwa cabul isteri orang disiasat

Cyberjaya – Pihak polis dilaporkan sedang menyiasat kes dakwaan cabul isteri orang yang melibatkan seorang ahli politik bergelar Datuk.

Memetik laporan Sinar, polis kini sedang mengesan saksi bagi membantu siasatan kes berkenaan yang didakwa berlaku di Taman Melawati, Ampang.

Ahli politik terbabit bersama isterinya dipercayai datang tumpang bermalam di rumah mangsa dan suaminya antara Julai hingga 15 Ogos tahun lalu.

Suami mangsa merupakan kenalan kepada isteri Datuk tersebut, kata laporan itu.

“Suspek bersama isterinya tumpang bermalam setelah datang melawat mangsa dan suaminya di rumah berkenaan.

“Kejadian berlaku antara jam 1 pagi hingga 5 pagi. Mangsa tidur di bilik bersebelahan bilik suspek. Dia kemudiannya tersedar selepas dirinya dicium dan dicabul.

“Pada mulanya mangsa menyangkakan perbuatan itu dilakukan oleh suaminya namun mangsa terkejut apabila mendapati ia dilakukan suspek,” katanya.

Menurutnya, mangsa pada awalnya tidak membuat laporan polis kerana bimbang keselamatan dirinya dan suami, serta turut mendakwa suspek mempunyai pistol selain mempunyai sikap panas baran.

“Mangsa juga mendakwa mempunyai hutang sebanyak RM200,000 dengan suspek bagi urusan perniagaan,” katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak mengesahkan mengenai laporan polis yang dibuat pada 16 Mac lalu.

“Kes ini masih dalam siasatan dan kita akan kesan saksi yang terlibat,” katanya, yang turut menjelaskan kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan, seperti dilaporkan. – Suara TV

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu