Social
331

Kes bunuh: Lelaki ditahan bantu siasatan

Petaling Jaya – Seorang lelaki warga tempatan ditahan bagi membantu siasatan berhubung kes kematian seorang wanita yang dipercayai dibunuh di sebuah rumah di Taman Bangi, Jalan Reko, Kajang kelmarin.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Datuk Fadzil Ahmat berkata, lelaki berusia 57 tahun itu ditahan pada pukul 8.45 malam di sekitar Kajang semalam.

“Tangkapan akan direman pagi ini,” katanya ringkas menerusi satu kenyataan di sini hari ini.

Mangsa yang bertugas sebagai Pengurus Jabatan Advokasi Pertubuhan Ikram Malaysia dikenali sebagai Nik Khatijah Nik Mud, 32, adalah individu yang sama dilaporkan hilang pada Sabtu lalu.

Susulan kehilangan Nik Khatijah, rakan setugas telah pergi ke rumah sewa mangsa sebelum menemui mayat mangsa dengan kesan jerutan di leher dipercayai dijerut menggunakan kabel penyambung elektrik dan telah meninggal dunia dalam tempoh 24 jam.

Kereta jenis Nissan Almera warna hitam milik mangsa turut ditemui tidak jauh dari kawasan parkir di sebuah pasar raya di Jalan Reko, Kajang. – Kosmo Online

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu