Kuala Lumpur Post

klpost-minify__1_-removebg-preview
Social

Kes bunuh : Pembantu kedai ditahan

KUALA LUMPUR — Polis menahan seorang pembantu kedai disyaki terbabit dalam kes bunuh seorang lelaki warga asing di Jalan AU2A/14, Taman Keramat, di sini, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya ACP Mohamad Farouk Eshak berkata lelaki warga asing berusia 22 tahun itu ditahan di lokasi kejadian sejurus selepas pihaknya menerima maklumat berhubung insiden tersebut kira-kira 10.36 malam.

Menurutnya dalam kejadian tersebut mayat lelaki warga asing berusia 37 tahun yang bekerja sebagai buruh ditemukan di atas jalan raya dengan kesan kecederaan dan tikaman pada dada.

“Kita merampas sebilah pisau pemotong sayur yang disyaki senjata digunakan dalam kejadian itu.

“Mayat mangsa dihantar ke Hospital Canselor Tuanku Muhriz untuk bedah siasat,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata kedua-dua lelaki itu mempunyai dokumen perjalanan sah dan permohonan reman terhadap suspek akan dibuat di Mahkamah Ampang hari ini.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan, lapor Bernama.

Tags: , ,