Social
117

Kes bunuh : Polis kesan suspek lelaki warga India

Shah Alam – Polis Shah Alam meminta kerjasama orang awam untuk menyalurkan maklumat berkenaan seorang suspek yang dipercayai lelaki warganegara India, susulan penemuan mayat seorang wanita tempatan di Taman Sri Muda, Seksyen 25, dekat sini, 26 Julai lepas.

Ketua Polis Daerah Shah Alam ACP Baharudin Mat Taib berkata orang awam yang mempunyai maklumat boleh menghubungi pegawai penyiasat kes ASP Mohd Hamizi Abu Bakar di talian 012-3920076 atau Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam di talian 03-55202222.

Baharudin berkata suspek yang dikehendaki bagi membantu siasatan, telah dikenal pasti berdasarkan pemeriksaan kamera litar tertutup di lokasi kejadian.

“Kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Pada 26 Julai, pihak polis dimaklumkan menerusi panggilan telefon daripada orang awam mengenai penemuan mayat seorang wanita tempatan di belakang deretan kedai di Jalan Damai 25/60, Taman Sri Muda, dekat sini, pada 7.06 pagi.

“Mangsa dipercayai berusia lingkungan 60-an dan terdapat kecederaan di bahagian muka dan kepala,” katanya, lapor Bernama.

Tags: , , ,

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu