Social
229
0

Kes dera: Ibu kandung, bapa tiri berdepan hukuman mati

Melaka – Ibu kandung dan bapa tiri kepada kanak-kanak yang maut selepas dipercayai didera dalam kejadian di Taman Krubong Jaya, bulan lalu berdepan dengan hukuman mati mandatori selepas didakwa atas pertuduhan membunuh di Mahkamah Majistret di sini, hari ini.

Bagaimanapun tiada sebarang pengakuan direkodkan daripada kedua-dua tertuduh, Mohd. Fadzli Abdull Razak, 38, dan Zuraida Atan, 32, sebaik sehaja pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa di hadapan Majistret Mazana Sinin.

Mengikut pertuduhan, tertuduh secara bersama-sama didakwa telah melakukan bunuh dengan menyebabkan kematian seorang kanak-kanak lelaki, Zubaidi Amir Qusyairi Abdul Malek berusia tujuh tahun.

Tindakan itu dilakukan tertuduh pada pukul 3.32 petang di sebuah rumah di Jalan KJ 19, Taman Krubong Jaya, pada 29 Januari lalu.

Bagi kesalahan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan. – Kosmo Online

More Similar Posts

You must be logged in to post a comment.
Most Viewed Posts
Menu