Nation
237

Kes Fahmi Redza: Polis tunggu pejabat Timbalan Pendakwa Raya

Kuala Lumpur – Polis masih menunggu maklum balas dari pejabat Timbalan Pendakwa Raya bagi menentukan sama ada kes berhubung poster yang dimuat naik oleh pereka grafik dan aktivis Fahmi Redza di Facebook dan Twitter berhubung Menteri Besar Perak Datuk Saarani Mohamad, akan disiasat.

Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar ACP Omar Bakhtiar Yaacob berkata aktivis itu akan dipanggil bagi membantu siasatan, hanya selepas polis menerima Perintah Untuk Menyiasat (OTI) daripada Timbalan Pendakwa Raya.

“Timbalan Pendakwa Raya yang akan menentukan sama ada kes itu boleh disiasat atau sebaliknya,” katanya pada sidang media selepas Operasi Pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 di sebuah kilang di kawasan Lubuk Merbau dekat sini hari ini.

Pada 17 Jun lepas, Ketua Pemuda UMNO Perak Mohd Ariff Abdul Majid membuat laporan polis di IPD Kuala Kangsar berhubung poster berkenaan yang disifatkan sebagai fitnah dan sengaja menimbulkan kebencian terhadap Menteri Besar Perak.

Mohd Ariff dilaporkan berkata poster yang dimuat naik Fahmi Reza itu menjadi tular bersama kapsyen berbunyi ‘kita dah bagi makan sardin, jangan gatal nak mintak ayam pulak’ mengundang kecaman dan maki hamun pengguna media sosial yang lain.

Sementara itu, Omar Bakhtiar berkata operasi hari ini disertai 45 petugas terdiri daripada anggota polis, Kementerian Kesihatan, Kementerian Dalam Negeri dan Jabatan Sukarelawan Malaysia, yang melibatkan pemeriksaan di empat premis kilang di sini bermula pada pukul 10.30 pagi tadi, dan oemeriksaan mendapati kesemua mereka mematuhi SOP untuk beroperasi. — Bernama

Tags: , , , ,

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu